Hanya duduk diam selama dua jam, video seorang YouTuber dari Indonesia ini menjadi tular di media sosial. Video bertajuk '2 jam nggak ngapa-ngapain' yang dimuat naik pada 10 Julai lalu itu meraih lebih 1.9 juta tontonan, 18,000 komen dan 59,000 tanda suka setakat ini.
International Business Times melaporkan, YouTuber yang dikenali sebagai Muhammad Didit itu hanya memandang kamera tanpa bercakap atau melakukan apa-apa aktiviti. Difahamkan Didit yang mempunyai 27,000 pengikut di saluran Youtube merakam video berkenaan dalam bilinya dari jam 11 malam hingga 1 pagi. Katanya dia sudah makan dan pergi ke tandas bagi mengelakkan adanya gangguan sewaktu membuat rakaman.
Didit tidak menyangka video tersebut mendapat sambutan yang luar biasa. "Baiklah, mungkin saya harus berkongsi sedikit mengapa video ini dibuat. Semuanya bermula selepas pengikut di Indonesia meminta saya memuat naik video yang mendidik anak muda dan akhirnya saya lakukan walaupun dengan berat hati. "Terpulang kepada penonton untuk menerimanya atau tidak dan saya berharap anda akan terhibur dan menerima manfaat daripada video ini," tulisnya sebagai kapsyen video. Antara komen yang diterima, "Lelaki yang genius kerana mengalahkan YouTuber lain perlu memikirkan apa kandungan untuk dimuat naik dalam tempoh dua jam. "Sedangkan, dia tidak perlu melakukan apa-apa selama dua jam tetapi boleh meraih wang yang banyak."-CARI
|
Tinot7 replied at 27-7-2020 12:28 AM
reaksi iols...
GigaMom replied at 26-7-2020 05:12 PM
Ini la yang dikatakan membuang masa
supernaturalee replied at 27-7-2020 12:40 AM
Bapakkk
10 jam
Seriously die rekod straight gak ngapain 10 jam?
Xim replied at 27-7-2020 12:27 AM
Pehh 2jam...hahaha...nmpk sgt ko mmg tgh bosan nau2...kalau aku dah ke dapur amek coco crunch sambil ...
rosasen replied at 27-7-2020 08:30 AM
sarapan iolss pagi2 tuuu
rosasen replied at 27-7-2020 08:30 AM
sarapan iolss pagi2 tuuu
makton replied at 27-7-2020 08:11 AM
kalau tak bodo, mmg bukan indon
gigahertz replied at 27-7-2020 01:53 AM
Dah la buang masa.pastu buang masa orang.
ADVERTISEMENT