Atu mengakui yang dia susah nak dapat tawaran kerja kerana lebih selesa bercakap menggunakan dialek Sabah. Katanya sudah beberapa kali namanya digugurkan produksi kerana dialeknya terlalu pekat.
"Bukan sekali, tetapi beberapa kali juga nama digugurkan daripada program sebab slanga Sabah saya yang pekat. "Mereka kata penonton tak faham apa yang saya cakap dan terpaksa gugurkan nama saya,"katanya kepada Gempak. Walaupun kecewa, pelawak ini menganggap rezeki tidak menyebelahi dirinya. ???Tak apalah, bukan rezeki saya. Bukan semua penerbit program beri alasan itu tapi ada di antara mereka. "Bagi saya rezeki itu datang dari pelbagai sumber. Selagi boleh usaha saya akan terus mencari rezeki buat isteri dan anak-anak," tambahnya.
Ahli kumpulan Zero ini sebenarnya mempunyai alasan tersendiri mengapa dia lebih selesa menggunakan dialek tersebut di atas pentas. "Salah ke jika saya mahu memartabatkan bahasa ibunda negeri saya? Kalau kami (anak seni) dari Sabah ini tidak mempertahankannya siapa lagi?
"Tapi bukanlah bermakna saya tidak boleh langsung bercakap dialek orang bandar (Kuala Lumpur). Saya boleh bercakap bukan dalam dialek Sabah tapi ramai penerbit tak yakin agaknya." Anak-anak Atu juga lahir di Semenanjung namun dia mengajar mereka bercakap Sabah kerana tidak mahu lupa asal usul keturunan. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|