|
Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengadakan sidang akhbar pada petang ini bagi mengumumkan penubuhan parti baru, Parti Bersatu Rakyat Malaysia. Kata sumber kepada Sinar Harian, majlis pengumuman oleh mantan Perdana Menteri itu akan diadakan di sebuah hotel di Bangsar pada jam 4.30 petang nanti.
Pun begitu, ia bergantung pada keputusan kes saman dikemukakan Dr Mahathir dan lima pemimpin Bersatu lain bagi mencabar keputusan pemecatan mereka, baru-baru ini. Sementara itu, MalaysiaKini melaporkan sumber berkata, sidang akhbar itu mungkin diadakan di Yayasan Al Bukhary atau sebuah hotel di Bangsar. - CARI
|




ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.180056 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.