|
Seorang ibu menemui serpihan topeng muka dalam nuget ayam yang dibeli di sebuah restoran makanan segera. Ia menyebabkan anak perempuannya tersedak ketika makan.
Mirror UK melaporkan, Laura Aber menemukan topeng muka di dalam sekurang-kurangnya 20 nuget yang dibeli di cawangan di Aldershot England. "Anak saya tersedak dan bila saya masukkan jari ke dalam mulutnya, saya mendapati ada sesuatu yang berwarna biru. "Ia dimasak bersama topeng muka. Saya pasti ianya topeng muka," katanya. Jurucakap restoran makanan tersebut kemudiannya meninta maaf. "Kami amat kesal dengan insiden tersebut.Keselamatan makanan adalah keutamaan kami. Kami memohon maaf dan menawarkan bayaran balik serta meminta pelanggan untuk mengembalikan makanan itu untuk siasatan lanjut." -CARI
|



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.150795 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.