Seorang ibu didakwa meninggalkan bayinya yang baru lahir di dalam semak. Daily Mail melaporkan, wanita dari Timur Laut China itu membuang bayi lelakinya dari sebuah jambatan ke dalam semak ketika sedang berjalan menuju ke rumah ibunya.
Alasannya, dia tidak mampu untuk membesarkannya disebabkan masalah kewangan. Bayi malang itu ditemui kira-kira jam 1.30 tengah hari oleh seorang penduduk kampung di luar bandar Dehui, Wilayah Jilin. Ketika ditemui, muka bayi berkenaan dihurung semut dan lalat serta dalam keadaan lemah. Hasil siasatan mendapati bayi tersebut dilahirkan sekitar jam 8 malam di sebuah flat.
“Walaupun dia bernafas, dia hampir tidak sedar dan tubuhnya mula kaku,” kata pegawai polis. Bayi tersebut kini dalam keadaan stabil dan dijaga oleh institusi kebajikan. -CARI |
matchstick replied at 9-8-2020 12:57 PM
Nk komen kutuk leluhur jgk tapi teringat kes campak baby dari tingkat atas rumah flat dh byk kali te ...
Sazida: Mcm2 perangai la puak mainland ni
ADVERTISEMENT