CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Fakta Mengapa Wanita Lebih Cepat Tua Dari Lelaki

22-10-2013 05:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11181| Komen: 23

Wanita rajin memakai pelembab untuk menahan kulit keriput terlalu awal. Tapi kulit wanita masih juga lebih cepat terlihat tua berbanding lelaki padahal lelaki jarang memakai pelembab.

Sebelumnya penyelidik sudah menduga hal ini sejak lama, namun kajian ini menunjukkan bukti yang lebih saintifik. Dalam Aesthetic Surgery Journal, Dr Foad nahai, seorang ahli bedah di Atlanta mengatakan bahawa kulit lelaki tidak bertambah tua secepat kulit wanita.

“Perbezaan ini ternyata disebabkan karena wanita mempunyai kelenjar peluh (sebaceous glands) yang lebih sedikit daripada lelaki,” ujar Dr Moshe Kon dari University Medical Centre Utrecht,


Sebaceous glands atau kelenjar peluh berfungsi mengeluarkan minyak yang akan membuat kulit tetap lembut. Pada wanita, jumlah kelenjar tersebut sangat sedikit sehingga seiring berjalannya waktu, wanita akan tampak lebih tua berbanding lelaki, terutama di daerah sekitar mulut yang akan lebih berkeriput.

Penyelidik memfokuskan kajian pada daerah wajah, iaitu pada bahagian sekitar mulut, baik atas sebelah maupun bawah. Selain kelenjar keringat yang lebih sedikit, yang membuat wajah seorang wanita kelihatan lebih tua berbanding lelaki adalah sekurang-kurangnya pembuluh darah yang mengalir di daerah mulut.

Otot-otot mulut yang terdapat pada wanita juga lebih dekat pada kulit.Akibatnya kulit akan tertarik dengan kencang tapi lebih cepat pula berkeriput.Kelebihan lelaki yang membuatnya lebih awet muda daripada wanita ternyata juga terdapat pada kelenjar peluh dalam setiap folikel rambutnya.

“Lelaki punya kelenjar keringat lebih banyak per setiap folikel rambutnya yang akan membuat kulitnya lebih lambat mengalami penuaan,” kata Dr Kon.

Beberapa penyebab penuaan yang lebih cepat pada wanita juga disebabkan oleh menipisnya hormon estrogen menjelang masa menopause yang membuat aliran darah berkurangan dan menyebabkan garis-garis halus dan kerutan di kulit.

Satu penemuan penting lagi dari kajian ini adalah, tulang rahang wanita akan menciut lebih cepat jika sudah tua berbanding lelaki. akibatnya, bahagian untuk menopang kulit tidak ada lagi dan akhirnya muncullah kerutan.

“Cara paling baik agar kulit tetap terlihat muda adalah mengelakkan merokok, sinar matahari dan usahakan pakai pelembab kemanapun anda pergi,” kata Dr Jessie Cheung, dermatolog dari NYU Langone Medical Centre, New York City.


3

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayu_kasyah 15-10-2013 01:48 AM
Kene pakai petroleum jelly selalu la cmtu. Kompom xkering kulit..
Quote otai_g 16-10-2013 01:01 AM
apa yg dr tu cakap ialah utk kulit wanita yg tingal kat new york.

kita yg kat msia ni x tau apa main redah je pi ikut ckp dia
Quote keladi_merah 17-10-2013 02:39 PM
ayu_kasyah posted on 15-10-2013 01:48 AM
Kene pakai petroleum jelly selalu la cmtu. Kompom xkering kulit..

pakai sapu kat muka ke?
Quote haryatie 17-10-2013 03:19 PM
hari2 pakai moisturizer...
wat masa ni blum lagik le berkeriput..
Quote carly_lah 17-10-2013 03:47 PM
entah ler nak setuju ke x... tadi masa kuar lunch ada sorang budak hampir nak terlanggar carly, mak dia cakap.. elok2 nanti kena kakak tue....... padahal carly tgk mak dia hampir sebaya carly... ...
Quote BlueRose99 17-10-2013 03:59 PM
ayu_kasyah posted on 15-10-2013 01:48 AM
Kene pakai petroleum jelly selalu la cmtu. Kompom xkering kulit..

Erk?! Petroleum Jelly pakai kt muka ke?! Hakak pakai kt tumit...
Quote HanazawaGY 17-10-2013 04:57 PM
ye...tapi jangka hayat lelaki lagi pendek dari wanita...opssss! steadyyyyy
Quote spiderman80 17-10-2013 05:47 PM
Dulu ada sorang artis kata beliau minum air suami untuk kekal awet muda..... kepada korang yang dah kahwin sila cuba malam ini jugak. Kalau yang belum berpunya lagi, sila PM kat saya. Semoga saya dapat membantu.
Quote Lavender_Violet 18-10-2013 05:24 PM
spiderman80 posted on 17-10-2013 05:47 PM
Dulu ada sorang artis kata beliau minum air suami untuk kekal awet muda..... kepada korang yang dah  ...



Artis mana tu??? Petua mcm ni pun ada ke??
Quote spiderman80 18-10-2013 05:26 PM
Lavender_Violet posted on 18-10-2013 05:24 PM
Artis mana tu??? Petua mcm ni pun ada ke??

Artis Malaysia.... tapi saya tak ingat namanya.
Quote ayu_kasyah 18-10-2013 09:55 PM
keladi_merah posted on 17-10-2013 02:39 PM
pakai sapu kat muka ke?

Yeap cik keladi_merah... pakai kt muka..sbb ianya mmg natural n selamat. Mmg jelas nampak perubahan..

Tp ni utk kes kekeringan kulit terlampau la. Yg moisturizer biasa xlut. Kene pakai waktu malam la tapi..sbb akan jd extra-oily.kalau pakai siang, org igt muka kene goreng plak..hehe..
Quote ayu_kasyah 18-10-2013 09:59 PM
BlueRose99 posted on 17-10-2013 03:59 PM
Erk?! Petroleum Jelly pakai kt muka ke?! Hakak pakai kt tumit...

Hehe..dia multi-purpose lah kaka.. sbb petua opah, kalau produk yg boleh pakai utk baby, ianya haruslah sesuai n selamat juga utk kite...jd mmg ok sgt utk pakai kt muka..

Tapi utk kes kering terlampau tau..yg smpi mengelupas2 tu, yg moisturizer biasa xlut...kalau pakai vaseline tu, mmg hasil terbaik~!!!
Quote keladi_merah 19-10-2013 01:54 PM
ayu_kasyah posted on 18-10-2013 09:55 PM
Yeap cik keladi_merah... pakai kt muka..sbb ianya mmg natural n selamat. Mmg jelas nampak perubaha ...

ok..tapi memang oily la..
Quote ayu_kasyah 19-10-2013 01:57 PM
keladi_merah posted on 19-10-2013 01:54 PM
ok..tapi memang oily la..

Haha...mmg oily habis cik keladi_merah. Tp hasilnya mmg puas hati~!! Esok bile dtg ofis, org akan prasan muka nampak lebih berseri...xsia2 ber-oily2 malam sebelum tu. Selamat mencuba~!
Quote keladi_merah 19-10-2013 01:58 PM
ayu_kasyah posted on 19-10-2013 01:57 PM
Haha...mmg oily habis cik keladi_merah. Tp hasilnya mmg puas hati~!! Esok bile dtg ofis, org akan  ...

thanks for the tips..hehe. muka saya ni memang jenis kering + pucat..
Quote ayu_kasyah 19-10-2013 02:04 PM
I see..sy pula jenis yg kalau kering, smpi mengelupas2 mcm padang pasir. Moisturizer biasa xlut.

Saja nk share tips..maaf kalau cik keladi_merah dh tahu tau. For your kering+pucat tu kan..kalau nk pakai make-up, sebelum letak foudation, boleh basahkan muka dgn sponge, or just lembabkan muka dgn air tau..baru sapu liquid foundation. Sbb make-up pengantinpun sy tgk dorg buat mcm tu. Rupanya betul la tips sy cuba selama ni. Hasilnya kan, kulit akan nmpk lebih segar, halus, natural..serius..harus cuba~!!

Ada kwn cuba bedak arab kokuryu tu..sbb kalau jenis muka berpeluh, kulit makin jd cntik.. kalau yg kokuryu edisi 'rusty' tu, muka akan jd kemerah-merahan. But personally, sy lg suke pakai liquid foundation biasa...terpulang masing2. Last edited by ayu_kasyah on 19-10-2013 02:05 PM

Quote roblucci 20-10-2013 01:23 PM
Lavender_Violet posted on 18-10-2013 05:24 PM
Artis mana tu??? Petua mcm ni pun ada ke??

sebenarnya air suam cuma paper salah taip
Quote Lavender_Violet 21-10-2013 10:22 AM
roblucci posted on 20-10-2013 01:23 PM
sebenarnya air suam cuma paper salah taip

Lorr..macam tu pun boleh ke. Air suam jadi air suami, extra huruf 'i' di situ
Quote mizlily 23-10-2013 02:59 PM
jd klo yg byk peluh leh jdkn lambat tua?
hmmmmm.....

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.054912 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top