Kecewa sungguh pelakon Amerul Affendi apabila isu masalah tekanan air rendah masih berlanjutan di kawasan perumahannya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Menerusi hantaran di Twitternya, Amerul mendakwa masalah sama berterusan walaupun kakitangan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) datang menukar paip di hadapan rumahnya. Katanya, mereka beredar begitu sahaja tanpa memaklumkan apa-apa kepadanya. Malah, dakwanya hingga kini tiada tindakan lanjutan daripada pihak SAINS Pilah.
"Memanglah paip rumah orang sebelah okey sebab dia pakai water pump. Jadi, kalau orang yang tak berkemampuan memang kena terima sajalah keadaan ni. "Kalau beginilah keadaanya, memang negara ini untuk orang yang berkemampuan sajalah. Yang tidak, sila meninggal?! Begitu?" luahnya kesal. Justeru, Amerul memohon Anggota Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mengambil perhatian mengenai isu itu. - CARI
|
lipans replied at 10-8-2020 01:44 PM
Tanya budak SAINS... cuba tanya budak SASTERA pula.
lipans replied at 10-8-2020 01:44 PM
Tanya budak SAINS... cuba tanya budak SASTERA pula.
ADVERTISEMENT