Opie Zami, 46, sah bercerai talak satu dengan isterinya, Zamzarina Mohamed, 43 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, jam 10.47 pagi Isnin.
Selepas 17 tahun berkahwin Opie reda dan memenuhi permintaan Zamzarina untuk bercerai. Opie melafazkan penceraian di depan Hakim Syarie Ahmad Mahir Zanial. "Saya hormat dengan permintaan isteri dan reda terhadap ketentuan ini. Isteri saya tak salah, saya yang gagal membentuknya menjadi isteri mithali. "Isteri saya bagus dan seorang ibu yang baik. Bagaimanapun, punca perceraian terlalu peribadi untuk saya kongsikan," katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu Zamzarina mendedahkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Opie selaku defendan pada 16 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984. "Kemelut rumah tangga kami sebenarnya sudah bermasalah sejak 10 tahun yang lalu. Ini bukan pertama kali saya pergi ke mahkamah. "Sebenarnya sudah tiga kali saya turun naik mahkamah. Selepas ini, saya akan uruskan hak penjagaan anak-anak dan tuntutan nafkah." Opie dan Zamzarina berkahwin pada 5 Disember 2003 dan dikurniakan tiga anak iaitu Ammar Shah Saidi, 15; Aliff Shah Syedi, 13; dan Arrif Shah Saidi, 8. -CARI
|
supernaturalee replied at 10-8-2020 02:07 PM
abg die mengarah drama layan lh jgk
kdg kt ending kredit tulis m. hitler zami
ADVERTISEMENT