Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa terhadap isteri yang didakwanya pemalas. Menerusi luahannya di Facebook Kisah Rumah Tangga pada Ahad, dia mendedahkan isterinya malas melakukan kerja rumah dan tidak gemar memasak.
"Isteri saya jenis tak suka masak, kurang makan dan jenis makan makanan ringan dan segera. "Selalu sangat baju yang dia letak dalam mesin basuh auto tu terbiar 3-4 hari sampai naik bau hapak. Baju tak basuh dan tak berlipat tu memang tak yah cerita," luahnya. Malah, isterinya lebih gemar bergosip dengan adik-beradik yang bertandang ke rumah dan menghabiskan stok makanan ringan yang dibelinya. Pernah juga lelaki itu menegur, namun isterinya hanya memberi pandangan tidak puas hati. "Pernah saya tegur, "rasa macam bujang je. Lapar makan megie. Klau teringin, kena masak sendiri". Lepas tu, dia buat muka. "Ayam, ikan, daging yang saya beli selalu sangat terbiar dalam peti ais sampai berbulan," ujarnya yang kebuntuan. Ramai memuji tahap kesabaran lelaki itu berdepan dengan sikap pemalas isterinya dan dalam masa sama ada yang memberi nasihat dan tip untuk mengubah sikap isterinya itu. Tidak kurang juga membuat spekulasi bahawa isterinya terpengaruh dengan dakyah bahawa semua kerja rumah adalah tanggungjawab lelaki. Yakah? - CARI
|
krustykrab replied at 10-8-2020 02:15 PM
Citer hasan ke ni
msamyrazi replied at 10-8-2020 03:14 PM
ada staff kat opis nie terlepas cakap ngan yang laki nya buat a-z urusan rumahtangga . dia ( si bini ...
epal21 replied at 10-8-2020 03:15 PM
Kena discuss dgn isteri tanya apa sebabnya dia tak nak buat kerja rumah. Adakah sebab dia busy/penat ...
Kenabertaubat replied at 10-8-2020 03:23 PM
Bukan hasanah. Adik iols menghadapi isteri yang sama. I wonder if adik i yang post ni. Hahaha.
Ta ...
ADVERTISEMENT