Penduduk di Kampung Kelangsat di Sipitang mendakwa kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang hilang sebelum ini bukannya diculik, sebaliknya disembunyikan makhluk halus.
Harian Metro melaporkan, awalnya kanak-kanak tersebut dikatakan diculik sehingga menimbulkan keresahan penduduk kampung. Bagaimanapun siasatan polis mendapati penduduk kampung percayai insiden berkenaan berkait dengan unsur mistik. Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata,
"Kejadian didakwa berlaku pada Maghrib kira-kira 6.30 petang. Mangsa yang hilang dikatakan ditemui di belakang rumah ketua kampung sendiri. "Mangsa dikatakan ditemui di kawasan tanah lapang dalam keadaan telentang sambil melekapkan tangan di dada." Champin menambah, mangsa kini masih dalam keadaan lemah dan keluarganya mengadakan ritual keagamaan mengikut kepercayaan mereka. -CARI |
sekngucing replied at 10-8-2020 02:40 PM
kalau zaman dlu..yg sorok.ni tak lain tak bukan hantu kopek jaaa
jazaa100 replied at 10-8-2020 03:04 PM
Ntah....
Kekdg tanak percaya, tapi kena percaya gak.....
sharlenetexas replied at 10-8-2020 03:22 PM
Bangsa2 lain pun percaya kewujudan makhluk halus ni.
jazaa100 replied at 10-8-2020 03:04 PM
Ntah....
Kekdg tanak percaya, tapi kena percaya gak.....
elzy replied at 10-8-2020 03:27 PM
Sebab tu orang tua2 pesan, jangan keluar waktu Maghrib..
rospinki: byk kes budak2 jadi masa diorg keluar waktu maghrib contoh arwah jazlin pegi kedai watuk maghrib kena bunuh sumbat dlm bag. aku nk ckp benda mcmni pun ...
ADVERTISEMENT