Dah ada tiga orang anak, Memey Suhaiza rancang nak tambah tiga orang lagi. Katanya dia meletakkan sasaran itu sebelum mencapai umur 40 tahun iaitu lapan tahun lagi.
Di Instagram, isteri Norman Hakim ini berkata dia sedang berusaha untuk menambah zuriat. "Mommy target nak tambah tiga lagi. Kita merancang semuanya dengan izin Allah kan? Sesiapa yang tengah merancang dan berusaha juga, mommy doakan semoga sama-sama doa kita dimakbulkan," tulisnya.
Perkongsian Memey itu mendapat reaksi dari Norman yang terkejut dengan kapsye yang ditulis. "Alamak dia dah bagi hint laa," tulisnya. Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 32 berkahwin dengan Norman pada 24 September 2011. Semoga impian tercapai ya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|