CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Dapat Besarkan Dapur, Anak Nekad Tuntut Ibu Bahagi Harta Pusaka Bapa

11-8-2020 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6649| Komen: 29

Lelaki nekad menuntut harta pusaka bapa daripada ibu kandungnya hanya kerana kecewa tidak diizinkan mengubah suai ruang tamu dan dapur.

TribunNews melaporkan, Tiningsih, 52, mendakwa, dia menerima surat tuntutan daripada anak sulungnya, Rully Wijayanto melalui Pengadilan Agama Praya.



Kredit foto: Kompas/TribunNews

Difahamkan, Rully menuntut supaya tanah 4.2 ekar yang didirikan sebuah rumah tempat dia dibesarkan ibu bapanya dibahagi kepada semua ahli keluarga.

Bagaimanapun, menurut wasiat bapanya, rumah berkenaan tidak boleh dijual mahupun dibahagikan.

Menurut laporan, mahkamah menasihati Rully supaya menyelesaikan kemelut itu di luar mahkamah bersama keluarga, namun dia nekad meneruskan tuntutan berkenaan.

Jelasnya, dia kecewa apabila ibunya tidak mengizinkannya membesarkan ruang tamu dan dapur kerana keluarga mereka kini bertambah besar.


"Bapa pernah berwasiat rumah itu tidak boleh dibahagi atau dijual. Tapi, kalau memang perlu dibahagikan, ia perlu dilakukan mengikut hukum Islam," kata Rully.

Dia menegaskan, tuntutan itu turut dibuat bagi pihak adik-beradik yang lain termasuk ibunya.  - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 11-8-2020 01:55 PM
Indon dan kisah pelik berpisah tiada.. tak lama lagi berlaku jugak kat sini sebab dah byk keturunan indon membiak kat sini dan claim org melayu
Quote dubuk 11-8-2020 02:03 PM
beranak susah.. tak beranak susah..
Quote prettyuglybabe 11-8-2020 02:09 PM
niat dia tu elok la nak renovate untuk keselesaan semua..
tapi dah berkeluarga tu buat je la rumah sendiri..
tanah punya besar takkan sebiji rumah je ada sumbat semua anak beranak..
Quote krustykrab 11-8-2020 02:18 PM
prettyuglybabe replied at 11-8-2020 02:09 PM
niat dia tu elok la nak renovate untuk keselesaan semua..
tapi dah berkeluarga tu buat je la rumah  ...

Kannn...sedara aku adik bradik ramai, makpak dah takde, rumah pusaka abg duduk dgn familynya, dah buat mcm milik sendiri..renovate sana sini..dgr citer nk mintak adik beradik yg lain lepaskn hak krn dh berabis byk cantikkn rumah dan nk letak nama anak2 dia..ada yg tak hingin lepaskn..padan muker padahal ada adikk2 yg susah nk sewa rmh pun terpaksa ikat perut. Dia blh fikir nk suruh diorg lepaskn hak mcn tu je.
Quote Suchi 11-8-2020 02:25 PM
Tapi memang patut dibahagikan wasiat ayah dia tak terpakai ya pada undang2 islam.
Kalau gaduh2 gini anak dia boleh tuntut faraid.

Quote Suchi 11-8-2020 02:28 PM
krustykrab replied at 11-8-2020 02:18 PM
Kannn...sedara aku adik bradik ramai, makpak dah takde, rumah pusaka abg duduk dgn familynya, dah  ...

Patutnya masa awal dulu abang dia beli la tapak umah tu ngn adik badik. Tebus harta.
Sekarang pun boleh gak tp taklehla minta free kena bayar laaa.
Quote exclusive_vvip 11-8-2020 02:37 PM
hmmm, yg mak dia pun..bagi je la setakat nak tambah ruang tamu n dapur tu..kurang2 ada anak yg dok sekali dengan dia..bleh tgk2 kan bila dah uzur nanti..
Quote prettyuglybabe 11-8-2020 02:39 PM
krustykrab replied at 11-8-2020 02:18 PM
Kannn...sedara aku adik bradik ramai, makpak dah takde, rumah pusaka abg duduk dgn familynya, dah  ...

nak minta lepas hak, bayar la nilai tanah kat adik beradik..sesuka hati nak main amik je, amboi..
rumah pusaka tu dah kira harta adik beradik juga..
jadi kena la bagi bahagian mereka..
Quote bintangterang 11-8-2020 02:41 PM
kt sini pun ada cerita anak halau parent sbb tanah kan
Quote LadyCarefree 11-8-2020 02:46 PM
Perlu ke segala berita indo masuk sini? Dahlah entah merepek je semua. Hehehehehe
Quote husna_amal 11-8-2020 02:54 PM
Kalau kat sini mak bapak belum mati pun dah gaduh rebut harta pusaka.
Quote RatuDunia94 11-8-2020 03:02 PM
LadyCarefree replied at 11-8-2020 02:46 PM
Perlu ke segala berita indo masuk sini? Dahlah entah merepek je semua. Hehehehehe

Kannnn... cukup2 lah berita dlm negara je.. berita indon tu lantak deols lah..
Quote Artemesiaa 11-8-2020 03:15 PM
Kat sini pun banyak je kes macam ni hanya tak ditularkan je.  Ada yang mak pak hidup lagi pun dah gigih mintak itu ini macam orang tuanya tu dah nak meninggal esok.  Kalau mak pak jenis kaya satu hal jugak ni masing2 harap duit pencen je.  Ada yang dah beranak pinak tapi tak tahu nak usha menyimpan agar boleh beli harta sendiri,  nak short cut gigih paksa mak pak pulak tolong belikan utk mereka pun ada.  Sampai ada mak pak dengan muka tak malu gigih tanya jiran sebelah menyebelah kalau ada yang nak jual tapi dengan harga masa mula2 beli dulu.  Gila ke hapa tengah bandar orang nak jual macam tu dah ler masing2 dah tambah renovate rumah segala.  Nak yang dekat dengan rumah mak pak pun bukan apa sebab senang nak pos anak masing2.  Akhirnya mak pak yang jadi hamba anak sampai habis nyawa.  Tak mustahil jenis macam ni akan bercakaran berebut reta pusaka nanti.
Quote LadyCarefree 11-8-2020 03:44 PM
RatuDunia94 replied at 11-8-2020 02:02 PM
Kannnn... cukup2 lah berita dlm negara je.. berita indon tu lantak deols lah..

Lately ni banyak betul bila baca2 tetiber eh ni kt indon. Nak membawang pon xselera.
Quote sayawifenikmie 11-8-2020 03:54 PM
betul lah tu tuntutan si anak ....
Quote ladiesgurl 11-8-2020 04:09 PM
krustykrab replied at 11-8-2020 02:18 PM
Kannn...sedara aku adik bradik ramai, makpak dah takde, rumah pusaka abg duduk dgn familynya, dah  ...

sama la mcm ex macik aku, arwah pacik dah meninggal, adik beradik kesian dgn adik ipar yg dok jauh bagi la tggl dekat umah pusaka  arwah atok. lps tu dah kawen lain dia suka2 je renovate rumah tu dan duduk dengan laki baru. lps tu mntk nk tanah n rumah tu bagi dekat anak dia.
Quote Kurex 11-8-2020 04:15 PM
Leluhur parashit
Quote krustykrab 11-8-2020 04:36 PM
ladiesgurl replied at 11-8-2020 04:09 PM
sama la mcm ex macik aku, arwah pacik dah meninggal, adik beradik kesian dgn adik ipar yg dok jauh ...

Melampau kan...org bg tumpang patut dah sedar diri yg awak tu patut kumpul duit belitanah rumah lain
Btw choul ni tumpang lalu ke?sama je cara reply komen..id tumpanh lalu dah knp?
Quote TomyamPuteh 11-8-2020 04:42 PM
Suku sakat leluhur trisnazul ke tu?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.112876 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top