Beliau menyifatkan dakwaan ke atasnya itu sebagai tidak masuk akal dan dibuat kerana dia isteri kepada Lim Guan Eng dan mendakwa sepanjang 26 tahun kerjayanya sebagai peguam, dia seorang yang patuh kepada undang-undang dan sangat berhati-hati untuk tidak melakukan sebarang perkara yang melanggar undang-undang. "Di mana silap saya? Kenapa tiga dakwaan penggubahan wang haram terhadap saya, saya bukan 'kak long kawasan'. Adakah kerana saya isteri kepada Guan Eng saya diperlakukan begini? "Adakah kerana kamu mahu melihat saya berpisah dengan Guan Eng, barulah kamu akan lepaskan saya?" ujarnya sambil ditenangkan Lim Guan Eng yang turut tidak dapat menahan sebak.
Menegaskan suaminya tidak bersalah, Betty berjanji akan sentiasa berada di sisi suaminya bagi mengharungi ujian getir ini. "Suami saya tidak bersalah, dengan kehadirannya di sisi saya, saya berasa yakin. Kesukaran ini akan menjadikan kami lebih kuat. Hari ini kami dianiayai oleh kamu, Tuhan sedang melihat, dan saya berharap kamu akan mendapat balasan di atas apa yag kamu lakukan terhadap kami," katanya lagi. Terdahulu, Lim Guan Eng, Betty Chew dan Phang Li Koon membuat pengakuan tidak bersalah di atas dakwaan rasuah dan penggubahan wang haram di Mahkamah Butterworth. - CARI
|
tripleid replied at 11-8-2020 03:27 PM
Org yg teraniaya mmg akn menangis..beza dgn okt yg mmg tahu dia bersalah
rosmah bini bossku x ...
ADVERTISEMENT