Kecoh apabila video muzik Kelabu nyanyian Azlan The Typewriter dan Yonnyboii dikatakan terselit unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kerana penggunaan payung berwarna-warni.
Azlan bagaimanapun menepis dakwaan berkenaan dan menegaskan ia tiada kaitan dengan ideologi LGBT. "Kalau ada yang menganggap adegan yang terkandung dalam video muzik ini berkaitan dengan LGBT atau apa sekali pun, itu hanyalah persepsi mereka semata-mata, tidak ada kaitan pun sama sekali untuk mempromosi ideologi tersebut. "Payung yang digunakan memang berwarna-warni untuk melambangkan kehidupan yang pelbagai warna. Biasanya pelangi akan muncul selepas hujan dan menggembirakan sesiapa sahaja yang melihatnya," katanya kepada Gempak.
Manakala, Yonnyboii menjelaskan maksud tajuk lagu mereka. "Begitu juga dengan Kelabu, meskipun hidup diselubungi pelbagai masalah, percayalah masih ada kegembiraan dan kebahagiaan yang akan dinikmati selepas itu. Apa yang penting jangan putus harapan," ujarnya. Adakah masyarakat yang terlampau sensitif hingga hampir semua benda nak dikaitkan dengan ideologi LGBT? - CARI
|
naksedap replied at 12-8-2020 12:30 PM
Dah lama nak Tau...azlan ni dah Kawen ke lom? Stalk ig dia xde penampakan kelibat wanita
RatuDunia94 replied at 12-8-2020 12:22 PM
Gay Thai sangat..
KIM.K replied at 12-8-2020 12:47 PM
Azlan dgn ilu skrg
Payung, one eye, lgbt, shade
Lagu dgn mv mengancam, first dengar pun suka
sokmogitu replied at 12-8-2020 01:05 PM
Dulu masa dia kene buang MUH...ingatkan dia akan sendu. Sekali sampai skrg masih nyanyi... member ca ...
ADVERTISEMENT