|
Pelakon Que Haidar terkilan apabila ada pihak mengecamnya dengan komen negatif susulan memuat naik gambar menziarahi pusara keluarga. Kata individu terbabit dalam satu komen yang telah dipadam, ramai Melayu jahil bab adab di kubur kerana sering menunjuk-nunjuk perbuatan (ziarah kubur) mereka itu di laman sosial. "Kau Melayu kafir atau Melayu Islam?" sindirnya kasar. Memetik mStar Online, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 41, menyifatkan individu terbabit tidak beradab, sekali gus tidak menggambarkan imejnya sebagai seorang Muslim.
"Alhamdulillah, ada yang sudi tegur saya. Tapi kan ianya lebih indah kalau guna bahasa yang lebih baik kerana anda Melayu serta beragama Islam. "Apa yang saya tahu kita ada bahasa yang lebih indah serta Islam pun mengajar kita bercakap benda yang baik-baik. Apapun Alhamdulillah," tulis Que seperti dipetik dari mStar Online.
|
umbut replied at 12-8-2020 05:03 PM
Mamat irfan tu saja je nak glamour.. nak org follow dia..
husna_amal replied at 13-8-2020 10:17 AM
"Ustaz" twitter kalau nak kecam semua bagi dia tak betul.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.319927 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.