#CintaSusu diiringi emoji gembira daripada selebriti Neelofa memeriahkan ruang Twitter dengan usikan netizen. Manakan tidak, gambar yang turut dimuat naik bersama tanda pagar itu rupa-rupanya adalah pasangan pengantin baru yang bertemu jodoh menerusi penjualan susu jenama artis tersebut. Pasangan pengantin Siti Hamima dan Shakir Azman berkongsi cerita dengan pembaca Facebook mengenai perkenalan mereka yang bermula sebagai penjual dan pembeli. Menurut Siti Hamima, ianya adalah detik perkenalan mereka dan seterusnya membawa ke jenjang pelamin. Turut disertakan gambar kedua-duanya ketika baru bertemu dan juga selepas disahkan menjadi suami isteri. Malah, Neelofa turut bergembira dengan situasi tersebut dan mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan. Dengan tularnya cerita tersebut, ramai peminat Neelofa mula berangan untuk bertemu jodoh ketika menjual susu Nilofa. |
Orix replied at 13-8-2020 08:51 AM
smpi skrg iols x penah rs lagi air lopa ni. yg dalgona chatime lopa tu dap ke
Sazida replied at 13-8-2020 09:18 AM
Kt fb smlm, kawan aku gigih upload gmbr susu nilopa dgn caption masa pregnancy dia boleh minum sus ...
AyaqMeloSuam replied at 13-8-2020 09:56 AM
Rsa susu ni cm susu almond juai kt family mart buh essen banana jek.. sekian.. aku x beli.. p minum ...
krimkraker replied at 14-8-2020 04:23 AM
My sis penah beli sekotak susu nilofa nie..try ase sket...ohh myy...trus ase apesal kuat sangat as ...
AyaqMeloSuam replied at 14-8-2020 04:24 AM
Esen banana kt kek pisang tesco.. mcmtu la bau dia.. kuat gila.. elok ka buat sdrik.. susu almond ...
junghin replied at 14-8-2020 02:13 AM
hahaha amboi obses btol dgn susu nilopa oh same je ke dgn brand pokka?klo brand pokka tu ra ...
Sazida replied at 13-8-2020 09:18 AM
Kt fb smlm, kawan aku gigih upload gmbr susu nilopa dgn caption masa pregnancy dia boleh minum sus ...
ADVERTISEMENT