Marah dengan isteri, anak yang dibunuh! Tindakan kejam seorang lelaki di Sumatera itu berpunca apabila wanita tersebut menegur suaminya yang mencium bayi sambil merokok.
Kompas.com melaporkan, lelaki tersebut memukul anaknya yang baru berusia 40 hari sampai tidak bernyawa. Ketika kejadian, wanita tersebut sedang memasak di dapur sebelum terdengar suara tangisan bayi. Dia kemudiaanya pergi untuk mendapatkan anaknya sebelum melihat suaminya sedang mencekik bayi tersebut. Tidak terhenti di situ, mereka bergaduh apabila wanita tersebut menolak ajakan suaminya untuk 'bersama' atas alasan masih berpantang. Berang kerana permintaannya tidak dipenuhi, lelalki tersebut mengamuk sambil memukul bayinya. Ketua Polis Way Kanan, Bisar Manurung menyatakan, mayat bayi tersebut dihantar ke Hospital Blambangan Umpu untuk proses bedah siasat. Suspek yang berusia 20 tahun kini ditahan untuk siasatan. Dia berdepan dengan tuduhan di bawah akta perlindungan kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman maksimum 15 tahun penjara. -CARI
|
ADVERTISEMENT