Polis dan Jabatan Veterinar akan menyiasat kejadian 20 bangkai lembu bergelimpangan di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Tareh, Lambor Kanan, Perak, semalam. Memetik Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso mengesahkan pihaknya menerima aduan mengenai kejadian daripada seorang penternak.
Difahamkan, pengadu bergegas melihat tempat kejadian sebaik menerima maklumat daripada seorang kawan. Dia mendapati 20 bangkai lembu bergelimpangan di situ dan semuanya dalam keadaan mulut berbuih dan hidung berdarah. “Pemeriksaan yang pengadu jalankan mendapati, 19 lembu adalah kepunyaannya manakala seekor lagi belum dapat dipastikan tuan punya. “Tempat kejadian adalah ladang hak milik persendirian seluas empat ekar yang baharu ditanam dengan anak pokok kelapa sawit pada April 2020.
“Siasatan lanjut bersama Jabatan Veterinar masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian sama ada disebabkan perbuatan khianat, penyakit atau sebab-sebab lain,” katanya dalam kenyataan hari ini. - CARI
|
ADVERTISEMENT