Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57 dipenjara lima bulan dan didenda RM12,000 selspas mengaku bersalah tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian.
Pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh itu mengaku bersalah selepas empat pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun. Berita Harian melaporkan, Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa meninggalkan premis ditetapkan untuk menjalani pengawasan dan pemerhatian apabila berada di Bank Rakyat Jitra pada jam 4.40 petang dan berada di Agro Bank Jitra pada jam 3.58 petang, 14 Julai 2020. Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh didapati berada di Pusat Khidmat Hasil Kubang Pasu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada jam 3.35 petang dan berada di Public Bank Jitra pada jam 3 petang, tarikh sama.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali. Tertuduh bersalah atas semua pertuduhan dan didenda RM3,000 dan penjara lima bulan bagi setiap kesalahan dilakukan dengan hukuman penjara berjalan serentak. Namun hukuman penjara masih belum dijalankan berikutan tertuduh masih dalam proses pemantauan di Hospital Alor Setar. -CARI
|
GigaMom replied at 13-8-2020 01:21 PM
Kalau ada yg mati
Hukum sebagai pembunuh!!
annehuda replied at 13-8-2020 05:25 AM
Amoi sarawak tu kan yg baru balik dr itali taknak kuarantin terus masuk keje.die keje bank rhb kot ...
annehuda replied at 13-8-2020 01:25 PM
Amoi sarawak tu kan yg baru balik dr itali taknak kuarantin terus masuk keje.die keje bank rhb kot ...
annehuda replied at 13-8-2020 01:25 PM
Amoi sarawak tu kan yg baru balik dr itali taknak kuarantin terus masuk keje.die keje bank rhb kot ...
ADVERTISEMENT