Seorang lelaki membalas dendam terhadap rakannya dengan memanah mangsa menggunakan busur panah buatan sendiri. Kompas melaporkan, kejadian berlaku di Jalan Dirgantara, Panakkukang, Makassar pada Selasa lalu.
Menurut laporan, mangsa berusia 20 tahun dipanah suspek, 23, ketika berjalan kaki pulang ke rumahnya sekitar jam 1.30 pagi. Suspek yang kemudian melarikan diri ke daerah Gowa bagaimanapun berjaya ditahan polis pada Khamis. Menurut jurucakap polis daerah Panakkukang, Ahmad Halim berkata, mangsa mengalami kecederaan di perutnya, namun kini keadaannya dilaporkan kini dalam keadaan stabil. Tambahnya, suspek nekad membalas dendam terhadap rakannya yang pernah memukulnya dengan kerusi ketika minum minuman keras di sebuah gerai. Suspek dibawa ke Balai Polis Daerah Panakkukang untuk membantu siasatan dan dia boleh dihukum penjara melebihi lima tahun, jika sabit kesalahan. - CARI
|
nazzse replied at 13-8-2020 05:51 PM
Perangai sangkak penduduk negara dunia ke3 yg dibanggakan si @trisnazul
tikusmontok replied at 13-8-2020 10:03 AM
@trisnalovezul nama babu tu
ADVERTISEMENT