Kali terakhir muat naik gambar bersama suami adalah pada Aidilfitri lepas. Disebabkan itu ramai pula yang membuat spekulasi rumah tanggan Nadia Brian dan suami kini dilanda badai.
Namun empunya diri menafikan dakwaan tersebut, menyatakan dia dan suami, Muizz Nasruddin baik-baik sahaja. "Saya ada saja kongsi gambar bersama, tapi soal peribadi saya memang tak suka kongsi di media sosial. Apa yang penting dikongsikan ialah mengenai kerja. Tak semestinya tidak memuat naik gambar bersama tak bahagia dan tak gembira. "Memanglah orang tanya, tapi sekarang fokus saya pada ibu dan nenek saya yang tak sihat. Saya tak nak fikir mengenai orang lain. Sekarang ini untuk keluarga dan diri sendiri saja.
|
mizruncing replied at 14-8-2020 03:16 PM
bukan benang sblm ni speku psl rumah tangga dorg ni. tgk kan tuan empunya dh nafikan. dia baca forum ...
ADVERTISEMENT