Kecewa, terkilan, jelek. Perasaan bercampur baur apabila disuruh keluar oleh tuan rumah atas alasan kaum. Menerusi hantaran pengguna Facebook, Diivek Suppiah baru-baru ini kesal apabila diberi notis 24 jam hanya selepas 13 hari menyewa di sebuah bilik di Subang SS13 pada awal bulan ini.
Katanya, dia menempah bilik itu pada bulan lalu dan membayar wang deposit mengikut perjanjian. Namun, tidak sampai sebulan menyewa di situ, dia menerima pesanan ringkas daripada tuan rumah berkenaan yang mengarahkannya segera berpindah keluar. "Hai, selamat pagi. Maaf, saya ingin memaklumkan selepas berbincang dengan ahli keluarga dan rakan kongsi, kami memutuskan untuk menyewakannya kepada penyewa Cina sahaja. "Jadi, tolong kosongkan bilik utama hari ini juga. Dan saya akan jumpa anda esok jam 11 pagi untuk cuba menyelesaikan semua masalah. Terima kasih," tulisnya kepada Diivek.
Diivek akui berketurunan India, dilahir dan dibesarkan di Malaysia. Namun, tuan rumah sepatutnya dari awal memaklumkan hanya mahu penyewa berbangsa Cina. "Anda menjangkakan saya untuk keluar dengan hanya memberi notis sehari? Anda fikir saya ada banyak masa lapang untuk berpindah ke sana, sini? Jelas menunjukkan anda seorang yang rasis. "Saya benar-benar kecewa dan marah. Semua bangsa berhak dilayan dengan hormat dan saksama. Dan saya berbangga menjadi seorang India Malaysia," katanya. Tegas Diivek, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik rumah berkenaan kerana mereka sudah menandatangani perjanjian sewaan. - CARI
|
Maideen. replied at 14-8-2020 03:08 PM
Agreement dah sign kalu, kenalah kasi effect itu agreement. Agreement kata kena bagi satu bulan n ...
Zeatyisaac replied at 14-8-2020 03:41 PM
I kenal ramai orang dari Papua New Guinea. I rasa your quote tu salah. Sila kembali ke Papua New G ...
ADVERTISEMENT