Pernah tak anda melihat seorang wanita lalu menyangkanya sebaya usia anda, tetapi rupanya mereka lebih muda 10 tahun atau pun lebih 15 tahun! "X baru 16 tahun, tapi air mukanya nampak 25 tahun!" Sindrom wanita nampak matang dan tua dari usia sebenar bukan kerana faktor penampilan yang lebih dewasa atau solekan semata-mata, tetapi ia lebih kepada wajah mereka sendiri yang nampak kusam berbanding wanita dahulu. Menurut portal Get The Gloss, wanita atau remaja moden nampak lebih berusia kerana telefon pintar. Ya, anda tidak salah baca. Semuanya berpunca dari telefon pintar yang menghantui kehidupan majoriti masyarakat hari ini. Dengan hampir 24 jam kita memegang telefon pintar, membuat panggilan video, bermesyuarat, berforum di Zoom, bersosial di Facebook, Instagram dan Twitter, menonton Netflix, bermain permainan online dan macam-macam lagi, sebenarnya mengancam wajah kita tanpa disedari. Pancaran cahaya biru atau HEV (high energy visible) iaitu sejenis cahaya biru yang terhasil dari skrin peranti elektronik seperti telefon pintar, komputer, tablet dan televisyen adalah penyumbang utama masalah kulit pramatang (kedutan) serta kerosakan seperti melasma dan hiperpigmentasi. Jika dulu kita cuma ingat HEV menganggu penglihatan sahaja, tetapi sebenarnya ia lebih teruk kerana boleh menyebabkan kulit wajah kusam dan cepat tua. Jadi, bila dah tahu punca kulit wajah nampak tua, perlu kurangkan masa bersosial di alam maya ya. - CARI |
lattehazelnut: Sejak zaman dulu lg anak dara cepat nmpak dewasa..
Normabaru replied at 16-8-2020 01:45 PM
Tu pasal kena pilih phone yg ade eye protection yg bg lampu kuning instead lampu biru..
Ever won ...
ADVERTISEMENT