Mahkamah memerintahkan S Pavithra menghantar surat rasmi bagi menarik balik pertuduhan terhadap suaminya, M Sugu, 29, berhubung kes pukul, baru-baru ini. Memetik Sinar Harian, Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh, Hakim Norashima Khalid membuat keputusan itu pada sebutan semula kes pasangan YouTuber masakan berkenaan.
Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi sebelum ini memaklumkan mahakamah bahawa Pavithra, 28, mahu menarik balik kes berkenaan dan mahkamah hari ini menetapkan 8 September sebagai tarikh sebutan semula kes. Sugu sebelum ini didakwa mendatangkan kecederaan di bibir, pipi kiri dan lengan kanan isterinya menggunakan telefon bimbit dan hulu sabit di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sekitar jam 4 pada 21 Julai lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebatan. - CARI
|
3
Bagus |
6
Marah |
7
Terkejut |
5
Sedih |
7
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT