Hipertensi membabitkan kira-kira satu dalam setiap tiga orang dewasa Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas Persatuan Hipertensi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan 35.3 peratus daripadanya menghidap hipertensi atau tekanan darah tinggi (140/90 atau lebih tinggi).
Bagaimanapun, bagi setiap dua pesakit yang didiagnosis, ada tiga lagi pesakit yang kekal tidak didiagnosis dan tidak dirawat kerana penyakit ini berkembang tanpa sebarang simptom meningkatkan risiko diserang penyakit jantung dan strok. Dalam tinjauan OMRON Healthcare baru-baru ini, hipertensi menjadi semakin lazim dalam kalangan orang muda. Jadi, penting bagi rakyat Malaysia untuk memahami kepentingan pemantauan tekanan darah berkala supaya boleh menerapkan perubahan gaya hidup dan mendapatkan rawatan pada peringkat awal. Perkara ini menjadi sangat penting sekarang kerana pesakit hipertensi didapati mengalami kesan lebih buruk akibat COVID-19 berbanding individu yang sihat.
“Disebabkan kadar pesakit hipertensi kian meningkat dalam kalangan orang dewasa yang lebih muda, maka setiap orang dewasa perlu memantau tekanan darah mereka secara berkala, dari umur 18 tahun ke atas," kata Dr Mohd Arifin Mohd Ali, Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia (MSH). Dalam usaha membantu mengenal pasti mereka yang berisiko tinggi, OMRON bekerjasama dengan MSH menghasilkan senarai semak-diri untuk menggalakkan responden memeriksa tekanan darah dan berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat mengenai cara mencegah atau merawat hipertensi yang tidak didiagnosis. “Di OMRON, kami mempunyai visi yang dipanggil GEN 0 (Gen Sifar) merujuk kepada generasi yang tidak ditentukan oleh usia, satu generasi yang bebas daripada serangan jantung dan/atau strok. "Sebagai peneraju dalam alat pemantauan di rumah, ini adalah harapan kami untuk masa hadapan dan kami sangat berterima kasih kepada semua pakar kesihatan yang membuka laluan menuju ke sasaran ini,” kata Alexis En, Pengarah Pemasaran Serantau, OMRON Healthcare Asia Pasifik. - CARI
|
4
Bagus |
6
Marah |
4
Terkejut |
8
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shernazz replied at 17-8-2020 04:00 AM
Hari tu iols tak.cukup tido
Pastu sakit kepala
Pegi klinik..darah tinggi naik
Dwdrum replied at 17-8-2020 10:24 PM
Uol pakai glass?
Ini bukan case hypertensy tapi i rasa aeperti ada symptom check bp ok... Rupa ...
shernazz replied at 17-8-2020 07:33 AM
Yezza..i pakai glass...
Ye tak.ye kan..
Nnt i kena check lah power nya..
Dwdrum replied at 18-8-2020 12:21 AM
Autocorrect memang lahanat.. Pakai glasses..
I memang tidak cukup tidur since pkp wfh ikut waktu ...
Perawankota replied at 17-8-2020 08:18 PM
Aku siap beli mesin tekanan darah ni letak kt umah. Dah tua2 ni risau..
sarah82 replied at 17-8-2020 10:18 PM
Aku baru plan nak beli omran wireless BP mesin.. Hahaahaha..
ninja9 replied at 18-8-2020 08:32 AM
eh sarah.. mana link mask ari tu. Cari tak jumpa da.. sori oftopic
ADVERTISEMENT