Bangga rasanya apabila pemain bola sepak remaja negara kita, Luqman Hakim berhijrah ke pasukan KV Kortrijk di Belgium. Keterujaan itu turut dikongsi rakan selebriti termasuk Daiyan Trusya yang menitipkan ucapan dan kata semangat buat penyerang muda itu. "Saya sangat bangga. Malaysia boleh. Semoga maju jaya, buat kami bangga Luqman!" ciapnya di Twitter. Berikutan itu, ada komen-komen nakal ditinggalkan warga maya untuk mengusik mahupun menyindir Daiyan.
Puji ada maksud, katanya. Takkanlah beri kata semangat pun tak boleh, kan? - CARI
|
Kurex replied at 18-8-2020 02:59 PM
Takde hasil kerja ke penyanyi latar utk lagu sendiri ni?
evlinne: Knpe apa2 yg minah ni buat, dak2 twitter akan bash ya? Ramai haters ke
ADVERTISEMENT