CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nanas Celup Tepung - Unik Pada Nama, Sedap Pada Rasa

21-8-2020 10:53 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 9115| Komen: 33|Original author: Oleh: natrahn


Resipi celup tepung sering disajikan untuk kudapan masyarakat Malaysia. Lazimnya, ia dikaitkan dengan sotong, udang dan lain-lain masakan bergoreng seperti pisang dan ubi. Namun, pernahkah anda merasa nanas celup tepung?

Kedengaran agak aneh bagi sesetengah orang, namun bagi peminat buah nanas, ini adalah antara masakan yang perlu anda cuba.


Kredit Foto - Google

Resipi unik ini dikongsikan oleh Arra Wady Zayyad Shafi.


Resepi Nenas Celup Tepung

Bahan:

  • Tepung beras
  • Sebiji telur
  • Air kapur
  • Pewarna
  • Secubit garam
  • Air

Cara-caranya:

  • Kupas kulit nanas dan potong mengikut sebanyak mana diperlukan.
  • Bancuh telur, garam, air kapur dan pewarna.
  • Masukkan tepung dan air, kemudian kacau. Pastikan tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
  • Kemudian, masukkan nanas dan goreng hingga kekuningan mengikut cita rasa.

Kredit Foto : Arra Wady Zayyad Shafi Via Sinar Plus

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba. - CARI
2

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Scheherazade 21-8-2020 11:05 AM
X meletup ke bila goreng? Sbb berair kan nenas ni. Mcm menarik, tp mana nk carik kapur
Quote Orix 21-8-2020 11:06 AM
Maybe sedap kalau guna nanas tin. Kalau nanas yg buah tu dpt yg masam ewwwwwwwwwww
Quote yogamat 21-8-2020 11:25 AM
dah pernah rasa sedap jugak la boleh la telan
Quote pearl.silver 21-8-2020 11:28 AM
Orix replied at 21-8-2020 11:06 AM
Maybe sedap kalau guna nanas tin. Kalau nanas yg buah tu dpt yg masam ewwwwwwwwwww

Iols rasa skang femes nenas md2
Konfem manis
Nenas ni yg diorg dok wat celup tepung tu..
Quote makton 21-8-2020 11:37 AM
boleh la nk try. tp aku lebih suka makan nenas mcm tu je. cicah kicap pun aku tak gemor
Quote siputpepel 21-8-2020 11:37 AM
sedap nih boleh try nanti. tapi air kapur tu untuk apa eh? selalu tengok orang makan dengan sirih je
Quote dekmieDandy 21-8-2020 11:55 AM
dah pernah makan, rasa cam pisang goreng yang pisang dia tu dah terlebih masak

lagi prefer pisang goreng kot, tapi worth untuk try
Quote lavendernovella 21-8-2020 11:58 AM
Scheherazade: X meletup ke bila goreng? Sbb berair kan nenas ni. Mcm menarik, tp mana nk carik kapur


Kedai runcit selalu ada.
Quote bbasir 21-8-2020 12:39 PM
siputpepel replied at 21-8-2020 11:37 AM
sedap nih boleh try nanti. tapi air kapur tu untuk apa eh? selalu tengok orang makan dengan sirih je ...

Untuk lg rangup...try la.. kat tmpt aku, org campur kapur kalau buat pisang goreng, ayam goreng..
Quote diss69 21-8-2020 01:03 PM
dekmieDandy: dah pernah makan, rasa cam pisang goreng yang pisang dia tu dah terlebih masaklagi prefer pisang goreng kot, tapi worth untuk try

Akk pon prnh try buat, boleh laa.. Tp mcm sis ckp, akk pon prefer goreng pisang lagi
Quote siputpepel 21-8-2020 01:55 PM
bbasir replied at 21-8-2020 12:39 PM
Untuk lg rangup...try la.. kat tmpt aku, org campur kapur kalau buat pisang goreng, ayam goreng..

tula ada banyak resepi yang jumpa bubuh air kapur. tapi taktau apa fungsi. mungkin untuk bagi rangup kot
Quote arm_band 21-8-2020 03:01 PM
makton replied at 21-8-2020 11:37 AM
boleh la nk try. tp aku lebih suka makan nenas mcm tu je. cicah kicap pun aku tak gemor

uiiiiii tak lidas ke zissssss???

labu goreng pun tak sempat buat lagi, ni nak kejar nenas goreng pulak ahaaiiii
Quote kuihbakar 21-8-2020 03:02 PM
Nenas ni super food
Quote puteribaya 21-8-2020 03:04 PM
iols suka makan tempe salut  tepung jah,,makan ngan sambal kicap ..ya Rabbi sedap
Quote rikuren 21-8-2020 03:57 PM
siputpepel replied at 21-8-2020 11:37 AM
sedap nih boleh try nanti. tapi air kapur tu untuk apa eh? selalu tengok orang makan dengan sirih je ...

nak bagi rangup
Quote rikuren 21-8-2020 03:57 PM
siputpepel replied at 21-8-2020 01:55 PM
tula ada banyak resepi yang jumpa bubuh air kapur. tapi taktau apa fungsi. mungkin untuk bagi rang ...

kalau kuih kaswi tu nak bagi kuih tu pejal
Quote Megikari 21-8-2020 04:25 PM
I pernah rasa. Kalau panas2 tengah rangup tu sedap la. Bila dah sejuk rasa macam pelik pulak
Quote any42 21-8-2020 05:07 PM
mkn rangup ok la kot. tah la xprnah cuba. biasa mkn nenas pnggang dip dgn coklat cair. celup2 tpung ni pisang je sedap.
Quote tokchik 21-8-2020 05:57 PM
Awal Bulan ogos
TC ke Kota Bahru. Sempatlah menjamah nenas goreng.

Memng sedap

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.206612 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top