Asri Janggut atau nama sebenarnya Mohd Asri Hamid bersedia memohon maaf dan berdamai kerana tidak mahu mana-mana pihak termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyimpan dendam.
"Saya sedia berdamai dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan tidak mahu mana-mana pihak menyimpan dendam. "Saya tidak mahu ada pihak yang menyimpan dendam dan bergaduh mengenai isu ini. "Kita sama-sama betulkan, sama-sama perbaiki dan sama-sama buat baik untuk negara. "Selama ini, penjaja kecil tidak diberi perhatian dan hikmahnya kini ia adalah untuk permudahkan urusan semua pihak," katanya kepada Harian Metro. Baru-baru ini, pengasas Hot Burger Malaysia itu memuat naik dua video mendedahkan premis perjudian aktif dan penjualan rokok seludup di sekitar Sungai Buloh yang masih beroperasi dan mendakwa masih tiada sebarang tindakan diambil. - CARI
|
ADVERTISEMENT