Teruja lah peminat melihat Dr Say Shazril bergandingan dengan Nabila Razali, Fahrin Ahmad dan Mona Allen dalam drama pertamanya berjudul Kebaya Kasut Kanvas. Mana tidaknya, dari doktor ke pentas lakonan perginya. Berita gembira itu dikongsikan menerusi Instagramnya berserta kisah kali pertama hasratnya untuk berlakon disampaikan kepada keluarga. "Salah satu sebab saya tolak tawaran berlakon selain kerisauan bini adalah saya memikirkan pandangan orang. "Yalah, 'Belajar tinggi-tinggi tuptap end up berlakon. Apo cito?' Sekurang-kurangnya, itulah apa yang ibu bapa saya bisingkan bila saya cerita hasrat nak berlakon. Tapi, bila fikir balik, apa salahnya doktor berlakon?" tulisnya.
Dr Say atau nama sebenarnya Muhammad Shazril bin Shaharuddin yang memegang watak Dr Zuki menzahirkan rasa syukur dipertemukan dengan pihak produksi yang sporting dan rakan artis yang banyak memberi tunjuk ajar. "Korang rasa doktor tak patut atau tak sesuai ke menceburi bidang lain?" - CARI
|
~boolean replied at 21-8-2020 11:55 AM
tak habis2 nak bagitau dia doktor..
nak berlakon, berlakon aja lah..nak juga selit kerjaya sendu ...
ahmad_dhani91 replied at 21-8-2020 11:56 AM
dulu biasa2 je dengan biasa sampai kan tertengok video yang dia menari bogel tu terus rasa jijik den ...
ADVERTISEMENT