Tidak berdiam diri apabila dikecam mengeksploitasi pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India, Mira Filzah tampil memohon maaf secara terbuka.
Terdahulu, seorang pelayar Twitter menyindir pelakon itu meraih keuntungan apabila menyarung busana Lehenga itu. Mira bagaiamanapun tampil menjelaskan dia tiada sebarang niat mengguris hati mana-mana pihak, sebaliknya berbuat demikian kerana minatnya sendiri terhadap filem dan lagu Hindustan. Dalam masa sama, segelintir pengguna menyifatkan tiada yang salah dengan perbuatan aktres itu. Malah, orang India sendiri mengakuinya dan bangga apabila mengenakan baju kurung tanpa dikecam. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|