Baru sahaja bersalin kira-kira tiga minggu lepas, Fasha Sandha dilihat sudah keluar berjalan-jalan. Sepatutnya ibu berpantang duduk rumah sahaja dan disebabkan itu pelakon ini menerima kritikan daripada netizen.
Difahamkan, Fasha keluar menyambut hari lahir anak saudaranya. Di Instagram, Fasha memuat naik gambar berserta kapsyen, "Demi anak buah sulung mami, dalam berpantang pun mami sanggup keluaq."
Apa lagi, ruangan komennya diserang dengan pelbagai kata-kata sinis dan negatif. Setakat sambut hari lahir, bukan urusan penting pun kata mereka. Namun ada juga yang menyokong Fasha dengan menyatakan tiada salahnya nak keluar kalau empunya diri dah kuat dan pandai jaga diri. Apa pun doakan yang baik-baik sahaja untuk Fasha sekeluarga. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|