Penduduk di sebuah perkampungan Dejiang, Wilayah Guizhou, China gempar dengan kelahiran lembu berkepala dua. Anak lembu itu mempanyai dua kepala, dua telinga, dua mulut dan empat mata.
Daily Star melaporkan, ia dilahirkan selepas tujuh jam ibu lembu bertarung nyawa. Pemilik haiwan ternakan itu yang dikenali sebagai Zhang berkata, "Saya sudah lebih 70 tahun hidup, saya tidak pernah lihat lembu begini dalam hidup saya." Bagaimanapun haiwan istimewa tersebut tidak mampu berdiri. Menurut sumber, anak lembu itu mampu minum susu menerusi kedua-dua mulutnya.
Sejak kelahiran haiwan tersebut, perkampungan itu menjadi tumpuan ramai orang yang datang untuk melihat sendiri keajaiban tersebut. Seorang pakar menyatakan,lembu berkenaan berkongsi tekak yang sama dan mempunyai empat tanduk. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku akibat mutasi pada genetik ketika di dalam kandungan. -CARI
|
Kurex: Kalau negara leluhur komunis, lembu ni akan dimakan dgn sadis, kalau negara leluhur kasta, akan dipuja bagai dewa
LadyCarefree replied at 24-8-2020 12:26 PM
Kalau leluhur meleis?
lanun_darat replied at 24-8-2020 12:50 PM
Masuk mastika
ADVERTISEMENT