Seorang remaja berusia 19 tahun di Madrid membunuh ibunya ketika sekatan perintah pergerakan. Tanpa rasa bersalah, dia dengan selamba meneruskan kehidupan sehariannya seperti tiada apa yang berlaku.
Daily Mirror menyatakan, Teri juga membiarkan mayat ibunya, Ana, 45 di dalam bilik mandi selama kira-kira empat bulan. Bau busuk mayat ibunya yang mereput dihidu oleh jiran yang tinggal di pangsapuri sama. Menurut sumber lagi, Teri memberitahu ibunya akan pulang ke rumah tak lama lagi jika ditanya jiran tentang keberadaan Ana. Segala-galanya terbongkar apabila Teri memberitahu rakannya bahawa dia sudah menikam Ana sampai mati.
Dia kemudiannya bertindak melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa sebelum polis datang menyerbu rumah tersebut. Teri dan teman lelakinya ditahan kerana disyaki membunuh Ana. Difahamkan, selama ini Teri dan teman lelakinya tinggal bersama Ana di rumah tersebut. -CARI
|
ADVERTISEMENT