Mungkin menggelikan hati tapi dalam masa yang sama agak menakutkan juga. Ia menunjukkan betapa terdesaknya orang ramai masa kini. Rupa-rupanya paket Milo tersebut bukan Milo sebenar. Menurut pemilik gerai tersebut, paket Milo itu hanya mengandungi pasir. “Tadi saya pergi beli ais sekejap, tinggal gerai lebih kurang 7 minit. Bila balik semula ke gerai, tengok paket Milo untuk display sudah hilang 4. Aduh pencuri, dalam itu bukan ada Milo oi! Cuma ada pasir sahaja untuk bagi berat,” itulah kapsyen yang dikongsikan pada hantaran asal. Hantaran ini mendapat perhatian wargamaya. Rata-rata mereka berasa geli hati dan terhibur kerana pencuri tersebut terpedaya apabila bukan dapat bawa pulang Milo berpaket-paket, sebaliknya hanyalah pasir sahaja. Dan ada juga menyifatkan, pencuri masih ada sifat empati kerana meninggalkan 2 paket Milo kepada peniaga untuk meneruskan perniagaan pada hari tersebut. Apapun, sekiranya ini sekadar kaedah untuk sengaja menjadi viral, nampaknya ia sudah berjaya. Walaubagaimanapun, sekiranya ia memang kejadian kecurian, semoga pencuri Milo tersebut mengambil iktibar agar tidak lagi membuat perkara yang sama pada masa hadapan. -CARI |
ADVERTISEMENT