|
Seorang wanita ditahan polis kerana dipercayai melacurkan dua orang gadis bawah umur. Bagaimanapun wanita berusia 40 tahun itu memberi alasan tidak tahu ianya aalah satu kesalahan.
Kompas melaporkan, wanita dari Palembang itu mendalangi kegiatan tersebut di Bukit Kecil sejak dua bulan lepas. Ketika ditahan dia mengakui menjadikan rumahnya sebagai lokasi persundalan. "Mereka masih kecil (gadis yang dilacurkan), tetapi mencari pelanggan menggunakan aplikasi sembang. Tapi saya tidak tahu itu salah," katanya. Ketua Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak Polis Palembang, Irsan berkata,
"Setakat ini, jumlah mangsa yang berjaya diselamatkan masih dua orang. "Namun, polis tidak menolak kemungkinan jumlah mangsa akan meningkat selepas siasatan dijalankan." -CARI
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.533303 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.