Lelaki ditahan bersama rakannya masing-masing berusia 18 tahun kerana dipercayai membunuh teman wanitanya yang hamil enam bulan. Lapor Kompas seperti dipetik AWANI, mayat mangsa berusia 16 tahun itu ditemui dalam keadaan tangan berikat di sebatang sungai di Desa Rejo Agung, Kecamatan Tegineneng, Indonesia.
Menurut polis, kejadian berlaku sekitar jam 8 malam (waktu tempatan) apabila suspek menjemput teman wanitanya itu bersama rakannya ke sebuah sungai. Dia kemudian memujuk kekasihnya untuk melakukan 'perubatan mistik' dengan mengikat kedua-dua tangan sebelum menolak mangsa ke dalam sungai dan menenggelamkannya hidup-hidup. Polis percaya motif pembunuhan itu dirancang suspek kerana enggan bertanggungjawab atas kehamilan mangsa. - CARI
|
sarah82 replied at 26-8-2020 12:47 PM
Ya Allah.. Ikat tangan lepas tu lempar kat sungai.. Mmg nak bunuh dari awal
Suchi replied at 26-8-2020 04:53 PM
Kejam kan dia bunuh 2 nyawa.
Kalau kat obersi dah kena dakwa atas pembunuhan dua nyawa nih kalau ...
ADVERTISEMENT