Dapat suami yang terlalu penyayang menjadi punca seorang wanita di Uttar Pradesh, India nekad menuntut cerai. Menurut laporan The Week, wanita tersebut mahu bercerai selepas 18 bulan berkahwin.
Katanya dia muak dan tak boleh terima suaminya meluahkan perasaan dengan penuh rasa cinta. Dia juga rimas dengan kehidupan sebegitu kerana suaminya tidak pernah memarahinya walaupun selepas beberapa kali melakukan kesalahan. "Kadang-kadang dia memasak untuk saya dan membantu saya melakukan tugas-tugas rumah tangga. “Setiap kali saya melakukan kesalahan, dia selalu memaafkan saya... saya pelik," katanya.
Bukan itu sahaja, wanita itu tidak berpuas hati kerana suaminya sentiasa bersetuju dengan apa jua cadangannya. Mahkamah menolaj permohonan cerai tersebut dan menyifatkannya sebagai tindakan melulu. Mahkamah meminta pasangan berkenaan menyelesaikan sendiri masalah rumah tangga mereka. -CARI
|
lipans replied at 26-8-2020 05:29 PM
Kamu terlalu baik untuk saya
ADVERTISEMENT