|
Seorang gadis berusia 20 tahun, tiba-tiba sahaja membuka mata semula selepas beberapa jam diisyhtiharkan meninggal dunia. Mnenurut Daily Star, pasukan paramedik sampai ke rumah Timesha Beauchamp selepas menerima panggilan daripada ahli keluarganya ekoran adis itu tidak memberikan sebarang respon.
Percubaan untuk menyelamatkannya gadis kelainan upaya itu menemui kegagalan. Mayatnya kemudian dihantar ke rumah pengebumian untuk proses pembalseman. Ianya merupakan satu proses untuk menjaga penampilan mayat dengan menggantikan darah dan cariran tubuh lain dengan larutan pembasmi kuman.
Bagaimanapun pekerja rumah pengebumian itu terkejut mendapati Timesha masih hidup ketika membuka beg mayat. Timesha dikejarkan ke hospital namun doktor memberi peringatan bahawa gadis itu berkemungkinan tidak akan dapat bertahan lama. -CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.344310 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.