Remaja dan janda mengaku memiliki hubungan ibu dan anak selepas kantoi berdua-duaan di sebuah hotel. TribunNews melaporkan, mereka ditemui di dalam bilik hotel di Jambi, Sumatera, sebelum mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan selepas diasak berulang kali oleh pihak berkuasa.
Difahamkan, pasangan dicekup dalam satu operasi cegah maksiat itu merupakan remaja lelaki dan janda masing-masing berusia 17 tahun dan 40 tahun yang berkenalan menerusi Facebook. Janda dua anak berkenaan yang jatuh hati dengan remaja terbabit sanggup terbang dari Jakarta ke Jambi demi bertemu lelaki pujaannya dan menginap empat hari di hotel tersebut. Pasangan itu dikatakan tidak keluar langsung dari bilik hotel selama dua hari hingga membuat staf berasa curiga sebelum dicekup dalam operasi berkenaan. Ketika membuka pintu, remaja itu tidak mengenakan baju dan hanya berseluar pendek dilihat tergagap ketika disoal anggota.
Ketua Operasi, Sandi Mutaqin berkata, pasangan itu sudah ditahan untuk diambil keterangan. "Pada mulanya dia kata wanita itu ibunya. Tapi, selepas didesak dia akhirnya mengakui bahawa wanita itu bukan ibunya," kata seorang anggota. - CARI
|
ChildrenOfBodom replied at 27-8-2020 01:17 PM
[quote]ChildrenOfBodom: Kalao segak ala2 luna maya berbaloi la berkurung 2 hari.. 2 mggu pon ok..kon ...
selipar_hijau replied at 27-8-2020 12:57 PM
Di Jambi ni ada jabatan pencegah maksiat juga rupanya. Igt kan di Indon ni senang nak menyipap
ADVERTISEMENT