Dah hampir setahun kahwin, Sufi Rashid kata hubungan keruh antara ibu dan isterinya semakin baik. Katanya dia bersyukur kerana hubungan mereka dah tak bermasalah seperti dulu.
"Alhamdulillah, hubungan saya dan isteri bersama keluarga saya dah tak teruk macam dulu. Sudah boleh dianggap selesai dan tak perlu difikirkan sangat. "Tak dinafikan, selepas apa yang berlaku saya nak fahamkan keluarga mengenai situasi sebenar bukan mudah. Perlu ambil masa juga nak menyelesaikannya. "Ditambah, lebih-lebih lagi saya pula terbabit dalam industri ini. Kadang-kadang, apa yang diluahkan itu boleh bertukar jadi lain," katanya seperti dipetik di Harian Metro. Sufi kata lepas majlis kahwin dia ada membawa isterinya berjumpa dengan ibu dan sekarang mereka sudah boleh duduk dan berbual bersama. "Saya berhasrat nak bawa isteri bertemu ibu dan sanak-saudara di Singapura untuk merapatkan lagi silaturrahim sesama keluarga di sana. "Saya pun belum berpeluang nak balik sana kerana penularan pandemik ini yang tak tahu bila akan habis. Dah lama juga tak balik, sejak saya berkahwin," tambahnya.
Bagi yang dah lupa, sebelum ini isteri Sufi bertindak meninggalkan pelamin apabila ibu Sufi datang untuk bersalaman dan memeluk Sufi. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|