Sering memuat naik gambar seksi di Instagram, Scha Elinnea mengakui sellau menerima gambar dan mesej lucah daripada suami orang.
"Setiap minggu saya dapat gambar lucah tak kira daripada yang berkahwin atau yang masih bujang. "Ramai suami orang yang ajak saya keluar tapi buat masa sekarang tak pernah lagi dapat mesej melampau.
"Pernah juga dapat komen yang kata kalau kena rogol, sia-sia sahaja. "Bila saya tengok mesej begitu, saya akan lebih berhati-hati bila keluar. Saya akan keluar dengan kawan atau keluarga, jadi rasa lebih selamat, " katanya kepada mStar Online.
Tegas Scha lagi, pakaian seksi bukan menjadi punca utama kes rogol berleluasa, sebaliknya berlaku disebabkan masalah mental seseorang. "Sejujurnya seksi tak mendorong ke arah kes rogol. Benda ini atas individu itu sendiri sebab kes rogol ada saja melibatkan wanita yang menutup aurat sepenuhnya. "Saya tak menyalahkan mana-mana pihak. Bagi saya, ia terjadi disebabkan nafsu dan akal masing-masing. Kalau seseorang itu hati dan nafsunya tak boleh kawal, itu yang terjadinya kes rogol."-CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|