Seorang pengguna Facebook membantah keras skim tidak adil yang ditawarkan Royal Pahang Durian dan meluahkan rasa kesal apabila pekebun kecil durian dipaksa menandatangani 'kontrak penghambaan'.
Save Musang King Alliance (SAMKA) yang didirikan pekebun durian tanpa permit mengadakan sidang media 'membongkarkan' bahawa syarikat swasta (Royal Pahang Durian Resources PKPP SDN BHD) bertindak zalim termasuk mendirikan outpost untuk menyekat kebebasan pekebun daripada memasuki ladang mereka dan memaksa pekebun menandatangani kontrak yang tidak adil. Malah, dia menyifatkan kerajaan mengeksploitasi pekebun, sekali gus menolak mereka ke jalan mati. "Pekebun bukan sengaja menduduki tanah secara tanpa permit. Sebaliknya, mereka telah lama menggunakan saluran formal untuk memohon geran tanah ataupun permit, tetapi permohonan kerap ditolak.
"Sekarang, kerajaan negeri secara tertiba-tiba menyewakan tanah kepada syarikat swasta," luahnya. Antara terma kontrak yang tidak adil menurutnya termasuklah cukai tanah sebanyak RM6,000 pada 2020 bagi seekar tanah dengan 30 batang pokok durian, dan kadar levi tanah yang bakal dinaikkan mendadak pada tahun 2021 dan 2022 melambangkan ketamakan syarikat. "Pekebun mesti menjual semua buah kepada syarikat tersebut dan menghasilkan durian dalam bilangan tertentu setiap tahun. "Mereka tidak boleh memperdagang atau menimbun secara bebas, malah dilarang untuk membawa durian pulang ke rumah untuk dinikmati keluarga," ujarnya. Individu itu juga mengecam pihak syarikat berkenaan yang mendakwa tiga ratus pekebun kecil telah menandatangani kontrak tersebut sedangkan tiada seorang pun menandatangani kontrak dengan syarikat itu. "SAMKA menyatakan bahawa 'pekebun tanpa permit' ini sebenarnya berjasa untuk menjadikan Raub sebuah 'Bandar Musang King' serta menjadikan Raub pembekal Musang King utama di seluruh dunia," katanya. Hantaran ini bagaimanapun mencetuskan perdebatan di kalangan warga maya di mana rata-ratanya mengecam golongan berkenaan yang diumpamakan 'diberi betis hendak paha'. - CARI
|
sarah82 replied at 28-8-2020 02:52 PM
Jap.. Jap.. Tanah kerajaan.. Ohhhhh.. PEKEBUN HARAM RUPANYA
LadyCarefree replied at 28-8-2020 04:00 PM
Tanah tu memang tanah pekebun tanam cara haram. Tp pekebun ni dah berzaman tanam durian.
Ok je ...
LadyCarefree replied at 28-8-2020 04:00 PM
Tanah tu memang tanah pekebun tanam cara haram. Tp pekebun ni dah berzaman tanam durian.
Ok je ...
sarah82 replied at 28-8-2020 03:02 PM
Dah haram mcm tu la.. Ada kes dulu kat Perlis.. Depa dah puluh tahun dok situ.. Sebab tak ada gera ...
dizekni replied at 28-8-2020 03:03 PM
Itu taktik biasa towkay cina
buat company, lepas tu pelawa sorang Melayu berpengaruh untuk kuad ...
prettyuglybabe replied at 28-8-2020 03:08 PM
dah berjuta kaut suruh bayar 6000 pun riuh..
ceng cong ceng cong punya cerita sama macam kelly..
s ...
LadyCarefree replied at 28-8-2020 04:07 PM
Like I said, tu tanah kerajaan. Setuju?
Why kompeni anak agong pula tiba2 dapat hak penggunaan ...
LadyCarefree replied at 28-8-2020 03:57 PM
Royal Durian ni company anak Agong.
Hmmmmm dah sedia kaya raya maya yaya tata zaya kot. Cemaner t ...
sarah82 replied at 28-8-2020 03:18 PM
Dan pekebun haram ni pun untung berjuta2 utk 1 ekar tanah haram yg depa buka kebun kan?
ADVERTISEMENT