Alina Hassan sebak apabila Siti Sarah menaja pembedahan mata kanannya akibat katarak. Alina kata dia bersyukur atas rezeki yang diterima memandangkan sebelum ini dia juga berusaha keras mengumpul wang.
"Saya seakan tidak percaya dan tidak terkata. Ketika dapat mesej daripada pihak pengurusan Sarah, saya tanya betul ke? Sehinggakan saya turut tanya pada rakan, betulkah ini? Sarah memang suka tolong orang, tengoklah rezekinya. "Ya Allah. Saya rasa bernasib baik dapat kenali Sarah walaupub hanya menerusi program Mentor Otai tidak lama dulu. "Rasa bersyukur sangat, gembira tak terkata rasanya. Saya memang ada perancangan untuk ubati masalah katarak ini dan sedang mengumpul wang," katanya kepada Harian Metro. Juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 ini juga berkata, "Kedua-dua belah mata saya alami katarak sekitar tahun 2011 lalu ketika bertugas sebagai pengawal keselamatan di KLCC. "Ketika itu baru perasan mata saya ada selaput. Makin lama makin teruk sehinggalah saya menyertai program Kilauan Emas. "Bila ada rezeki lebih, saya lakukan proses membuang katarak di mata kiri pada tahun 2017." Sementara itu Siti Sarah kata, "Saya hanya berharap dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan. InsyaAllah jika penglihatannya lebih baik, banyak perkara lain yang dia boleh lakukan selepas ini. Saya doakan moga dia berjaya dunia akhirat. "Saya sebak sebab bila melakukan sesi ini dan bertemu dengan Prof Muhaya, kita semua yang berada di sini mungkin akan lebih sedar, betapa pentingnya sepasang mata. "Dengan matalah kita nak membaca ayat suci al-Quran serta melakukan segala kebaikan yang lain. "Saya doakan prosedur pembedahannya minggu depan dipermudahkan dan moga kesihatannya juga bertambah baik, insyaAllah. " -CARI
|
LadyCarefree replied at 28-8-2020 04:35 PM
Kenapa tak pergi hospital kerajaan atau hospital mata tun hussein onn? Kalau fakir free je. Or almos ...
LadyCarefree replied at 28-8-2020 04:35 PM
Kenapa tak pergi hospital kerajaan atau hospital mata tun hussein onn? Kalau fakir free je. Or almos ...
dudaberhias replied at 28-8-2020 03:37 PM
lambat tak silap... hosp kerajaan kena buat appointment kadang2 berbulan juga baru dapat bedah...
dudaberhias replied at 28-8-2020 04:37 PM
lambat tak silap... hosp kerajaan kena buat appointment kadang2 berbulan juga baru dapat bedah...
tupaiterbang replied at 28-8-2020 04:55 PM
Rate nak operate katarak kat Klinik Prof Muhaya tahun 2016 lebih kurang 9k untuk sebelah mata. Kos ...
tupaiterbang replied at 28-8-2020 04:55 PM
Rate nak operate katarak kat Klinik Prof Muhaya tahun 2016 lebih kurang 9k untuk sebelah mata. Kos ...
LadyCarefree replied at 28-8-2020 04:35 PM
Kenapa tak pergi hospital kerajaan atau hospital mata tun hussein onn? Kalau fakir free je. Or almos ...
amira_safia replied at 28-8-2020 04:58 PM
memang lambat, nak kena jumpa pakar amik masa sampai berbulan2, itu baru jumpa pakar belum lagi te ...
amira_safia replied at 28-8-2020 04:58 PM
memang lambat, nak kena jumpa pakar amik masa sampai berbulan2, itu baru jumpa pakar belum lagi te ...
sarah82 replied at 28-8-2020 04:06 PM
Hospital kerajaan ikut turn.. Biasanya paling cepat 6 bulan..
LadyCarefree replied at 28-8-2020 05:48 PM
Oh. 6 bulan je. Oklah tu kalau dari dulu dah apply. Mesti bukan kes emergency kot. Kalau emergency ...
LadyCarefree replied at 28-8-2020 05:48 PM
Oh. 6 bulan je. Oklah tu kalau dari dulu dah apply. Mesti bukan kes emergency kot. Kalau emergency ...
sarah82 replied at 28-8-2020 04:55 PM
Emergency pun tengok tahap teruk juga.. Mcm bapa tiri iols 2 tahun sudah.. Admit kecemasan.. Bila ...
ADVERTISEMENT