Ramai peminat filem adiwira 'Black Panther' menzahirkan kesedihan terhadap kematian pelakon utamanya, Chadwick Boseman akibat kanser kolon. Tindakan pelakon dan Pencetus Ummah (PU) Azman mengucap takziah atas kematian Boseman itu mengundang perdebatan antara pengguna Instagram. Boleh ke ucap takziah kepada orang bukan Islam?
Enggan membiarkan kekeliruan terus melanda pengikutnya, PU Azman dalam posting terbarunya menjelaskan adalah lebih baik menggantikan RIP (Rest In Peace) dengan ucapan Innalillah atau takziah. "Takziah bukan doa untuk si mati. Tapi, lebih kepada memberi motivasi dan semangat kepada keluarga si mati yang masih hidup sebab mereka tengah sedih. "Ucapan Innalillah bukan untuk kematian orang Islam je, tapi untuk musibah juga. Musibah ni banyak (jenis)," tulisnya. Semoga semua jelas dengan pencerahan oleh Cik Man ini. - CARI
|
lavendernovella replied at 30-8-2020 06:43 PM
Suka cara ustaz ni. Mudah nak paham.
adelea: Si anas tahir tu terus tulis innalillahi wainna ilaihi rojiun .. mmg tak salah yerSblm ada yg tanya sapa anas tahir Dia adalah adik kepada faizal tahi ...
umbut: Apa apa lah.. ucap takziah x boleh.. rip x boleh.. camlah ko mati nanti confirm masuk syurga..
Kurex replied at 30-8-2020 07:04 PM
Senoga uols dijodohkan dengan ostad ni . Amin
ADVERTISEMENT