Sudah lali, pelakon Hairul Azreen berkata dia tidak pernah terkesan dengan kritikan warga maya berhubung caranya membesarkan anak. "Saya tak terfikir pun nak tengok komen-komen negatif netizen yang kritik cara saya jaga anak-anak. "Saya cuma jaga anak-anak saya dengan cara sendiri. Apa yang saya rasa betul dan tiada masa nak fikir apa yang netizen cakap tentang cara kami jaga anak-anak," katanya kepada mStar. Katanya, apa saja yang dilakukan lebih-lebih lagi sebagai seorang selebriti sering kali dianggap salah di mata ramai.
"Bila saya dengan keluarga, saya tahu dunia saya tu saja. Bagi saya simple. Apa yang saya rasa bagus untuk anak, saya buat la. Bila orang luar cakap apa-apa, ia ibarat kisah dongeng Ayah, Anak Dan Keldai'," ujarnya. - CARI
|
Analisaxx replied at 1-9-2020 04:35 PM
Lain orang lain cara didik anak2. Tapi nape eh tengok kebanyakan artis ajar anak cakap omputih saja ...
xixin5230 replied at 1-9-2020 05:19 PM
Ckp omputih nmpk urban dan nmpk mcm ore kayo2......
Analisaxx replied at 1-9-2020 05:53 PM
Oh gitewww... suka tgk Noah anak BCL dan Asyraf tu pandai je cakap Indo walaupun pergi AIS. Che Ma ...
ADVERTISEMENT