Sweet betul pasangan romantis Ayda Jebat dan Nabil Mahir berkongsi foto sempena Hari Kebangsaan Malaysia Ke-63. Bagaimanapun, tindakan mereka itu mendapat kritikan ramai kerana memaparkan aksi mesra sebelum sah bergelar suami isteri. Dalam kemas kini terbaru Nabil, dia memuat naik gambar berpelukan dengan Ayda di hadapan hiasan tanaman berbentuk bendera Malaysia berserta ucapan sempena sambutan hari kemerdekaan. Selain mendakwa perbuatan mesra mereka itu haram, ada juga yang membuat perbandingan dengan hubungan Syamel dan Ernie Zakri yang masih menjada batas.
Malah, ada juga mendakwa mereka sebagai artis tidak menunjukkan contoh baik ketika berdepan pandemik Covid-19. - CARI
|
Huwanadam replied at 1-9-2020 05:01 PM
Artis ni tgk sama sekata je putih kulit diorg ni ye
unguaurora replied at 1-9-2020 05:26 PM
Elok la syamelina dgn ernie tu x mesra2. Hrp2 dh kawin pun x pyh tunjuk mesra sbb x sesuai langsung ...
ADVERTISEMENT