|
Susulan gagal dalam ujian membaca al-Quran, beberapa pegawai tinggi di kawasan pentadbiran Gowa, Sulawesi Selatan berdepan tindakan dipecat. Lapor Thejakartapost seperti dipetik Harian Metro, Ketua Daerah Gowa, Adnan Purichta Ichsan memberi mereka masa enam bulan untuk memperbaiki bacaan atau bakal dibuang.
Kata Adnan, langkah itu diambil berdasarkan perjanjian yang sudah ditandatangani. Sebelum ini, 14 daripada 76 pegawai beragama Islam didapati gagal ujian berkenaan yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada proses pengambilan terbuka pegawai tinggi. Difahamkan, fasih membaca al-Quran merupakan antara kriteria perlu dipenuhi sebelum memegang jawatan tinggi di kawasan pentadbiran Gowa. - CARI
|
mbhcsf replied at 2-9-2020 02:06 PM
ni kalau kat jabatan nikah rujuk apply perkahwinan syariah patut ada ni , memandangkan ye lah sekar ...
adelea replied at 2-9-2020 12:28 PM
malaysia pon sila buat begitu yaahh
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.055176 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.