Dulu Sufian Suhaimi kurang senang dengan panggilan Baby Pian. "Pada awalnya tidak suka, tetapi bila dah ada Baby Faeq (anak angkat) dan nama Baby Pian tu selalu menjadi sebutan, saya anggap ia kombinasi antara Baby Faeq dan Sufian Suhaimi (Pian) sehinggalah tertubuhnya syarikat Baby Pian Legacy Sdn. Bhd. "Bagi saya, terpulanglah orang nak anggap macam mana pun dan itu bukannya satu isu. Saya rasa dekat dan gembira dengan nama Baby Pian," katanya kepada Astro Gempak.
Bercerita lanjut tentang syarikat berkenaan, Sufian kata ia adalah syarikat bersama seorang rakan kongsi. Produknya Zikir Pillow mendapat permintaan luar jangkaan daripada pelanggan.
"Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya agak sibuk apabila lagu Janji dilancarkan pada bulan Februari lalu dan pada masa sama melancarkan Baby Pian Legacy Sdn. Bhd. "Apabila tiba-tiba PKP, ada banyak masa jadi sepajang tempoh itu kita kaji masalah cari penyelesaiannya. Walaupun baru setahun jagung, sudah banyak peningkatan yang dicapai." -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|