Penganggur membelasah dan mengugut bunuh isteri di hadapan anak-anak kerana tidak membenarkan wanita itu keluar bekerja. Sinar Harian melaporkan, kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Molek jam 3.30 petang pada Jumaat lalu.
Difahamkan, kejadian sempat dirakam dua anak mereka berusia 10 dan 13 tahun menggunakan telefon bimbit. Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, mangsa, 34, terjatuh apabila rambutnya ditarik suaminya, 38, yang gagal mengawal emosi apabila mereka berselisih faham. "Suspek memukul isterinya di anggota badan selain menampar pipinya dengan kuat hingga mendatangkan kecederaan serta mengeluarkan ugutan mahu membunuh wanita tersebut serta akan memukul dua anak mereka. Akibat perbuatan itu, mangsa cedera paha kiri, tangan kiri dan sakit pada telinga akibat ditampar.
"Suspek juga merosakkan motosikal digunakan mangsa selama ini untuk berulang alik ke tempat kerjanya di Pasar Dungun," katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Siasatan mendapati suspek yang panas baran sering melepaskan marah terhadap isterinya. Laporan dibuat mangsa usai mendapatkan rawatan dan suspek ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. - CARI
|
chinta89: nape x bg isteri keja?lakinya pulak keja tak???
ADVERTISEMENT