Di kala produk lain merundum ketika pandemik Covid-19 mula-mula melanda negara, produk makanan terus mendapat permintaan luar biasa. Jadi, tidak mustahil angka jualannya turut meningkat. Terbaharu, produk kek yang hasil jualannya menghampiri RM100 juta ringgit ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, didakwa menggunakan sistem jualan langsung (MLM). Dengan modus operandi angka jutaan ringgit dan kereta mewah yang diberi kepada Stokisnya dengan harapan menarik lebih ramai menjadi ejen produk mereka pula dikatakan hanya 'mengkayakan' syarikat semata-mata, manakala ejen berterusan mencari jualan dengan komisen yang kecil. Betulkah dakwaan tersebut? Dan betul ke keknya tidak sedap seperti didakwa kebanyakan orang?
Pandangan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Bagi yang bersetuju mereka menyatakan pernah menikmati kek jenama tersebut, tetapi menghampakan dari segi rasanya. Langsung tidak sama seperti yang diuar-uarkan. Bagaimanapun, bagi mereka yang menjadi ejen kek tersebut pula menegaskan bahawa selera orang berbeza-beza, jadi adalah tidak adil untuk menyalahkan kek tersebut hanya kerana tidak sesuai dengan cita rasa masing-masing. Lagi pula, apa masalahnya dengan MLM? |
sarah82 replied at 4-9-2020 10:39 AM
Dijemput Cik Puan @dudaberhias memberi sepatah dua kata sebagai seorg "peminat" mamasab
sarah82: Mamasab la tu.. Aku tengok pun mcm tak sedap.. Tapi kena rasa dulu
matbad replied at 4-9-2020 10:42 AM
Idola hg mamasab kan haha
ADVERTISEMENT